Thanks to visit codestin.com
Credit goes to podcasts.apple.com

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact [email protected]

  1. 3 DAYS AGO

    EP181 Analisis PRN-17 Sabah, Dominasi GRS,Warisan Kukuh,DAP Tumpas,Parti Pusat Semakin Lemah

    Keluar Sekejap Episod 181 membedah keputusan penuh PRN-17 Sabah bersama hos jemputan, Ong Kian Ming yang kembali untuk mengupas angka-angka pilihan raya dan perubahan besar dalam landskap politik negeri Sabah. Episod dibuka analisis angka—siapa yang benar-benar menang, siapa yang tenggelam, dan bagaimana GRS berjaya menguasai medan.Episod ini turut menampilkan tetamu jemputan Philip Golingai, Senior News Editor Star Media Group, yang menawarkan perspektif orang Sabah tentang kejatuhan DAP, kemerosotan UMNO, ketahanan Warisan, gelombang undi Cina serta dinamik KDM. Perbincangan turut merangkumi prospek Kabinet Sabah, kemungkinan peralihan Ketua Menteri dan implikasi nasional terhadap PH, BN dan PRU yang akan datang.Saksikan analisis paling lengkap dan kritikal pasca PRN-17 Sabah hanya di Keluar Sekejap.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]:00 Intro01:18 Topline Numbers - Keputusan Rasmi PRN-17 Sabah10:00 Winners & Losers Narrative14:11 Cabaran Utama Kekalahan DAP19:46 Swing Voters Berpihak Kepada Warisan28:14 Tetamu Jemputan : Philip Golingai, Penganalisis Politik dan Senior Editor Star Media Group45:28 Masa Depan UMNO & BN Di Sabah58:06 Percaturan Barisan Kabinet Negeri Sabah01:01:21 Peralihan Kuasa Ketua Menteri Sabah01:05:18 Rasional KJ Memilih Kawasan Kempen di Sabah01:16:36 Menjelang Rombakan Kabinet PMX01:18:17 Refleksi Ong Kian Ming

    1h 25m
  2. 26 NOV

    EP180 | My Digital ID, Cabaran Usahawan Digital, PRN-17 Sabah, Kawalan Akaun Media Sosial

    Episod 180 ini dibawakan khas oleh MyDigital ID, sebuah platform identiti digital nasional Malaysia yang kini berintegrasi dengan lebih 101 aplikasi kerajaan & swasta bagi memastikan akses perkhidmatan digital kerajaan yang lebih selamat, mudah dan dipercayai. Satu Kunci Untuk Semua , daftar diri anda hari ini! Muat turun MyDigital ID di sini : https://www.digital-id.my/en/download Episod kali ini membuka tirai perbincangan dengan perkembangan terkini MyDigital ID. Status integrasi, FAQ's dan persoalan yang dibangkitkan ramai, peranan identiti digital nasional dalam mengukuhkan ekosistem keselamatan digital negara serta akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan. Episod ini kemudian beralih bersama tetamu jemputan Syed Gaddafi Syed Syed Saifuddin, CEO GNI Pharma Sdn Bhd bagi membincangkan cabaran usahawan digital tempatan. Topik meliputi tekanan persaingan di platform e-dagang, isu standard keselamatan produk, model harga tidak seimbang, dan strategi untuk memastikan SME terus berdaya saing dalam ekonomi digital. KS turut menyentuh perkembangan penting PRN-17 Sabah, di mana medan memilih membawa jumlah calon paling tinggi dalam sejarah, persaingan blok politik utama, manifesto parti-parti, isu serta faktor lapangan yang mencorakkan mood pengundi di Sabah. Akhir episod meneliti keputusan kerajaan untuk melarang pembukaan akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun mulai tahun depan. Perbincangan merangkumi mekanisme eKYC, penggunaan MyDigital ID sebagai pengesahan umur, kebimbangan buli siber, risiko eksploitasi, isu privasi, serta persoalan besar — sejauh mana larangan ini praktikal untuk dilaksanakan? Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2025! Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected] 00:00 Intro 00:57 My Digital ID 21:24 ⁠Cabaran Usahawan Digital bersama Syed Gaddafi Bin Syed Saifuddin 59:41 ⁠PRN-17 Sabah 01:13:56 Kawalan Akaun Media Sosial

    1h 18m
  3. 17 NOV

    EP178 | ART 2025, Haluan Baharu Tengku Zafrul, Langkah Selepas Tamat Senator

    Episod 178 KeluarSekejap menampilkan wawancara eksklusif bersama YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang menjelaskan secara mendalam isu Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat (ART 2025) yang ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Donald Trump ke Malaysia.Perbincangan kali ini membongkar persoalan besar adakah perjanjian ini benar-benar menguntungkan Malaysia, atau satu langkah politik yang terpaksa demi melindungi kepentingan strategik negara?Episod ini turut menyentuh masa depan politik Tengku Zafrul, peralihan daripada UMNO ke PKR, serta hala tuju politik beliau selepas ini di peringkat negeri mahupun persekutuan.Episod ini dibawakan khas oleh NUR Power. NUR Power bukan sekadar pembekal elektrik untuk industri teknologi tinggi, tetapi turut menjadi penggerak utama dalam ekosistem tenaga hijau dan inovasi lestari negara. Mereka aktif membangunkan inisiatif tenaga mampan dan menyokong sektor OGSE (Oil, Gas & Energy Services) dalam memastikan industri Malaysia terus berdaya saing serta mesra alam.Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Karnival Literasi Tenaga. KeluarSekejap akan turut berada di sana!Jadi, datanglah beramai-ramai ke Karnival Literasi Tenaga untuk bertemu kami secara langsung📍 Tarikh: 29 November 2025📍 Masa: 9.00 pagi – 11.00 malam📍 Lokasi: KHTP Sports Complex, Kulim, KedahIngin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    1h 36m
  4. 14 NOV

    EP177 | Tun Daim: Perjalanan Hidup & Legasi, Penyelesai Masalah Tun M, Hubungan Anwar, Kes Mahkamah

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 177 menampilkan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dalam satu perbualan khas bagi mengenang legasi Allahyarham Tun Daim Zainuddin, seorang negarawan memainkan peranan penting dalam membentuk landskap kewangan serta politik Malaysia.Dalam episod ini, Keluar Sekejap menelusuri perjalanan hidup Tun Daim daripada anak kampung yang membina impian dan menuntut ilmu di luar negara, sehinggalah menjadi individu yang dipercayai untuk memulihkan ekonomi negara pada saat-saat genting. Toh Puan Naimah berkongsi sisi peribadi dan kisah di sebalik tabir kehidupan Tun Daim; ketenangannya dalam membuat keputusan besar, keakrabannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan peranannya sebagai “penyelesai masalah” di balik tabir kuasa.Perbincangan ini turut menyentuh hubungan kompleks antara Tun Daim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdebatan tentang kronisme dan kapitalisme pada era kepimpinannya, serta cabaran yang dihadapi oleh keluarganya di penghujung hayat beliau.00:00 Intro0:21 Refleksi KS tentang Tun Daim11:10 Latar Belakang Tun Daim23:51 Pemaju Melayu Pertama KL34:46 Sektor Perbankan38:07 Menceburi Politik48:00 Kroni Kapitalis1:10:08 Hubungan Anwar-Daim1:16:37 Kembali ke Kabinet kali kedua1:33:20 Hubungan Tun Mahathir-Tun Daim1:37:13 Council of Eminent Persons (CEP)1:44:30 Kes terhadap Tun Daim & Keluarganya1:53:00 Siapakah Tun Puan Naimah?1:56:00 Keretakan Hubungan Anwar-Daim2:14:00 Kehidupan Peribadi

    2h 21m
  5. 24 OCT

    EP174 | Tragedi Berdarah SMK Bandar Utama, eKYC & Had Umur Digital, Isu Arak, Sidang ASEAN-47

    Episod 174 KeluarSekejap bermula dengan refleksi mengenai perkembangan di Gaza dan dunia Arab sebelum beralih kepada isu dalam negara yang merisaukan, tragedi pembunuhan pelajar SMK Bandar Utama Damansara, Yap Shing Xuen (16), yang mencetuskan gesaan besar terhadap pembaharuan keselamatan sekolah dan intervensi awal di peringkat kaunseling serta disiplin pelajar.Perbincangan turut menyentuh penggunaan media sosial di kalangan remaja, termasuk cadangan mengehadkan akses kepada individu bawah umur 13 tahun dan pengenalan pengesahan identiti pengguna (eKYC) bagi mengekang penyebaran kandungan berbahaya. Satu langkah yang dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi susulan kebimbangan terhadap pengaruh dalam talian.Perbincangan berkembang kepada isu hidangan alkohol, susulan majlis makan malam alumni di sebuah sekolah di Ipoh yang membenarkan arak dihidangkan dalam kawasan sekolah serta isu penyediaan alkohol dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Episod ini diakhiri dengan tumpuan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di mana Malaysia sebagai tuan rumah diharap dapat menonjolkan kepimpinan serantau, memacu perbincangan tentang keamanan, tenaga dan ekonomi digital, serta memastikan ASEAN kekal neutral dan berprinsip di tengah ketegangan kuasa besar.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    1h 17m

About

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact [email protected]

You Might Also Like