Gunakan Siri untuk memainkan dan mendengar muzik pada HomePod
Mainkan perkhidmatan muzik kegemaran anda pada HomePod anda.
Mainkan muzik pada HomePod
Untuk memulakan, sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, mainkan Lana Del Rey”. Untuk menambah perkhidmatan muzik ke HomePod anda dalam app Rumah, lihat Tambah perkhidmatan muzik pihak ketiga ke HomePod.
Nota: Beberapa perkhidmatan muzik memerlukan langganan. Beberapa permintaan mungkin tidak berfungsi dengan semua perkhidmatan muzik.
Cuba mana-mana daripada contoh yang berikut:
Main sesuatu yang anda suka: Sebut “Hai Siri, mainkan sedikit muzik.” Jika anda suka lagu tersebut, sebut “Hai Siri, saya suka ini” untuk membantu perkhidmatan muzik mempelajari apa yang anda suka. (Anda juga boleh menyebut “Hai Siri, saya tidak suka muzik ini.”)
Minta sesuatu yang khusus: Ada muzik yang anda fikirkan? Hanya minta. Sebut, contohnya, “Hai Siri, mainkan album terbaharu Tame Impala.”
Mainkan versi berbeza: Untuk memainkan lagu sama yang dirakamkan oleh artis berbeza, jika tersedia, sebut “Hai Siri, mainkan versi yang lain.”
Pergi ke trek seterusnya atau sebelumnya: Sebut “Hai Siri, lagu seterusnya” atau “Hai Siri, trek sebelumnya.”
Dengar ikut genre, mood, atau dekad: Minta genre muzik yang spesifik, seperti jazz Latin, atau minta suasana yang anda mahukan. Contohnya, sebut “Hai Siri, mainkan muzik parti,” atau nyatakan lebih khusus dengan “Hai Siri, mainkan lagu hip-hop dari 1990-an.” Atau pilih lagu rawak dengan “Hai Siri, mainkan sesuatu yang sangat berbeza.”
Mainkan stesen radio siaran: Sebut “Hai Siri, mainkan Classic FM.”
Cari lagu menggunakan lirik: Jika anda tidak mengetahui nama lagu, anda boleh sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, apakah lagu yang mengandungi lirik ‘I would just fly, fly away’?”
Nota: Carian lirik tidak tersedia dalam semua bahasa.
Dengar radio Apple Music: Teroka muzik baharu dan dengarkan temu bual eksklusif pada stesen yang dicipta oleh pakar. Sebut “Hai Siri, mainkan radio Apple Music 1,” atau minta Apple Music Country atau Apple Music Hits.
Ketahui tentang muzik: Cuba sebut “Hai Siri, album apakah ini?” Anda juga boleh sebut “Hai Siri, bilakah lagu ini dikeluarkan?” Untuk kumpulan, anda boleh tanyakan siapa yang bermain instrumen tertentu. Untuk banyak lagu popular, anda boleh bertanya tentang penulis dan penerbit.
Tambah perkhidmatan muzik pihak ketiga ke HomePod
Apabila anda menambah perkhidmatan muzik yang disokong ke HomePod, anda boleh memainkan muzik daripada app tersebut tanpa perlu menyebut nama app. Contohnya, sebut “Hai Siri, mainkan Lana Del Rey”. Beberapa perkhidmatan muzik memerlukan langganan.
Nota: Tidak semua perkhidmatan muzik disokong pada HomePod. Untuk menggunakan Siri bagi memainkan muzik daripada perkhidmatan muzik yang tidak disokong, lihat Mainkan audio pada HomePod menggunakan iPhone atau iPad.
Pada iPhone atau iPad anda, daftar masuk ke app perkhidmatan muzik yang disokong.
Dalam app perkhidmatan muzik, pergi ke seting, kemudian tambah perkhidmatan muzik ke HomePod anda.
Pergi ke app Rumah
, ketik
, kemudian ketik Seting Rumah.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu rumah, seting ditunjukkan untuk rumah semasa anda (berdasarkan lokasi anda). Untuk mengedit rumah berbeza, ketik Rumah, kemudian ketik rumah yang anda mahu edit.
Ketik profil pengguna anda di bawah Orang.
Di bawah Media Disambung, ketik perkhidmatan muzik.
Jika anda tidak mahu menggunakan perkhidmatan muzik dengan HomePod, anda boleh mengeluarkannya. Dalam app Rumah, ketik , ketik Seting Rumah, kemudian ketik profil pengguna anda. Ketik perkhidmatan muzik, kemudian nyahaktifkan Gunakan dalam Rumah.
Anda juga boleh bertukar pengguna akaun yang patut digunakan apabila suara seseorang tidak dapat dikenal pasti. Dalam app Rumah pada iPhone atau iPad anda, sentuh dan tahan HomePod, ketik , kemudian ketik Pengguna Utama.