
Sediakan cara anda menghantar dan menerima jemputan untuk Kalendar iCloud
Apabila anda menggunakan Kalendar iCloud dengan lebih daripada satu alamat e-mel—sebagai contoh, jika anda mempunyai alias e-mel, domain e-mel tersuai atau akaun e-mel daripada perkhidmatan lain yang terikat dengan Akaun Apple anda—anda boleh menentukan alamat yang ingin anda gunakan untuk menghantar jemputan. Anda juga boleh memilih cara anda ingin menerima jemputan peristiwa kalendar—sebagai pemberitahuan dalam app Kalendar atau sebagai e-mel.
Nota: Untuk menyediakan pilihan ini bagi Kalendar iCloud, anda boleh menggunakan iPhone atau iPad dengan iOS 17, iPadOS 17 atau terkini, atau anda boleh menyediakan pilihan tersebut di iCloud.com. Seting yang anda pilih pada iPhone atau iPad anda atau di iCloud.com terpakai kepada semua peranti yang telah anda daftar masuk ke Akaun Apple anda dan hidupkan iCloud untuk Kalendar, termasuklah Mac anda.
Pilih satu alamat e-mel untuk menghantar jemputan Kalendar
Jika anda menggunakan lebih daripada satu alamat e-mel dengan Kalendar, anda boleh memilih alamat yang ingin anda gunakan untuk menghantar jemputan.
Untuk menyediakan pada iPhone atau iPad, anda mesti mempunyai iOS 17, iPadOS 17 atau terkini. Untuk menyediakan di iCloud.com, lihat Jemput individu ke peristiwa kalendar di iCloud.com.
Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Tunjukkan Semua, kemudian ketik Kalendar iCloud.
Ketik Hantar & Terima, ketik Hantar Daripada, kemudian pilih satu pilihan daripada menu timbul.
Nota: Jika menu timbul tidak tersedia, anda hanya mempunyai satu e-mel yang disediakan dengan iCloud. Untuk menambahkan alamat e-mel lain, lihat Tambah dan uruskan alias e‑mel untuk iCloud Mail di iCloud.com dan Guna domain e‑mel tersuai dengan Mel di iCloud.com.
Terima jemputan peristiwa sebagai pemberitahuan dalam app atau e-mel
Anda boleh memilih sama ada anda ingin menerima jemputan peristiwa sebagai pemberitahuan dalam Kalendar atau sebagai e-mel.
Untuk menyediakan pada iPhone atau iPad, anda mesti mempunyai iOS 17, iPadOS 17 atau terkini. Untuk menyediakan di iCloud.com, lihat Terima dan balas jemputan peristiwa kalendar di iCloud.com.
Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Tunjukkan Semua, kemudian ketik Kalendar iCloud.
Ketik Hantar & Terima, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
Terima jemputan melalui Pemberitahuan: Ketik menu timbul Penerimaan, kemudian ketik Pemberitahuan. Apabila anda menggunakan pilihan ini, jemputan peristiwa muncul sebagai pemberitahuan dalam Kalendar.
Terima jemputan melalui E-mel: Ketik menu timbul Penerimaan, kemudian ketik E-mel. Jemputan peristiwa dihantar melalui e-mel ke alamat yang ditentukan dan anda boleh membalas jemputan peristiwa dalam e-mel tersebut.
Terima kemas kini e-mel untuk peristiwa yang dikongsi
Anda boleh memilih untuk menerima e-mel apabila berlakunya perubahan pada peristiwa dalam kalendar yang dikongsi dengan anda. Jika anda memiliki kalendar yang dikongsi, e‑mel itu dihantar ke alamat yang anda sediakan untuk menghantar jemputan. Jika anda telah dijemput ke kalendar yang dikongsi, e‑mel dihantar ke alamat yang digunakan untuk menjemput anda ke kalendar.
Untuk menyediakan pada iPhone atau iPad, anda mesti mempunyai iOS 17, iPadOS 17 atau terkini. Untuk menyediakan di iCloud.com, lihat Terima kemas kini kalendar di iCloud.com.
Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Tunjukkan Semua, kemudian ketik Kalendar iCloud.
Hidupkan Terima Kemas Kini E-mel.