
Bermula dengan Nota pada Mac
Dengan Nota, catatkan fikiran cepat atau gunakan nota lebih panjang untuk menyimpan senarai semak, imej, pautan web dan banyak lagi. Anda boleh mencipta, bekerjasama, kekal tersusun dan mengakses nota anda daripada semua peranti Apple anda.

Gunakan Nota iCloud
Gunakan nota iCloud untuk melihat nota pada semua peranti anda dan dapatkan ciri paling terkini—termasuk pemformatan tambahan dan penggunaan senarai semak, jadual dan media daripada iPhone atau iPad anda. Pada Mac anda, pilih menu Apple

Cipta atau edit nota
Untuk bermula dengan Nota, mula menulis nota pertama anda. Klik dalam bar alat Nota.

Gunakan bar alat untuk memformat dan menambahkan kandungan
Formatkan teks dan tambahkan kandungan menggunakan butang dalam bar alat. Klik untuk menggunakan gaya perenggan atau format teks,
untuk menambahkan senarai semak,
untuk menambahkan jadual,
untuk merakam audio dan
untuk menambahkan fail, media dan banyak lagi.

Bekerjasama pada nota
Anda boleh menghantar jemputan untuk bekerjasama pada senarai dalam Mesej atau Mail, atau kongsi pautan. Klik dalam bar alat, pilih sama ada Bekerjasama atau Hantar Salinan dalam menu timbul, kemudian pilih Mesej, Mail atau Jemput dengan Pautan. Selepas anda menjemput orang lain untuk menyertai, anda boleh menjejak aktiviti dan mengurus kerjasama.

Cari nota anda
Anda boleh mencari teks atau imej khusus bagi mencari nota yang anda mahukan dengan mudah ketika anda memerlukannya. Klik dalam bar alat untuk menunjukkan medan carian, taipkan perkara yang anda cari, kemudian tekan Return.