
Tukar gambar anda atau gambar orang lain
Anda boleh menambah atau menukar gambar anda yang ditunjukkan dalam tetingkap log masuk dan dalam pelbagai app pada Mac anda dan pilih gambar untuk digunakan kepada rakan, keluarga dan kenalan lain.

Gambar pengguna anda
Tukar gambar yang muncul bersebelahan nama anda atau nama pengguna lain dalam tetingkap log masuk.
Gambar anda dalam Mesej
Tukar gambar yang muncul bersebelahan mesej anda dalam senarai kawan orang lain untuk akaun Jabber. Kenalan boleh memilih gambar yang berlainan untuk mewakili anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tukar gambar anda dalam Mesej.
Gambar anda dalam Mail
Mail boleh menunjukkan gambar untuk anda dan untuk orang lain yang menghantar e-mel kepada anda, bergantung pada gambar yang tersedia. Gambar ditunjukkan kepada anda sahaja; ia tidak termasuk dalam e-mel anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tukar gambar yang digunakan dalam Mail.
Gambar dalam Kenalan
Termasuk gambar anda dalam kad kenalan anda. Anda juga boleh menggunakan gambar orang lain dalam kad kenalan mereka (gambar mungkin muncul dalam app lain). Kenalan anda tidak melihat gambar yang anda pilih—hanya anda yang dapat melihatnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tambah atau ubah gambar kenalan.