
Tukar gambar pengguna
Anda boleh tukar gambar yang muncul bersebelahan nama pengguna dalam tetingkap log masuk.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan.
Jika anda mahu menukar gambar pengguna lain, klik ikon kunci
untuk buka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. Anda boleh menukar gambar sendiri tanpa membuka kunci keutamaan Pengguna & Kumpulan.
Pilih akaun pengguna di sebelah kiri, kemudian klik gambar di sebelah kanan.
Anda boleh seret dan lepas fail imej daripada Finder ke gambar dan bukannya mengklik gambar.
Jika pengguna lain sedang log masuk Mac ini, anda tidak boleh memilihnya.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Guna gambar yang disertakan dengan macOS: Klik Lalai, kemudian pilih gambar.
Ambil gambar anda menggunakan Mac anda: Klik Kamera; apabila anda sedia, klik Ambil Foto.
Gunakan gambar daripada app Foto: Klik Foto. Untuk melihat foto daripada masa, tempat, atau album tertentu, klik segi tiga pendedahan di bawah foto, kemudian pilih sekumpulan foto. Pilih gambar, kemudian klik Seterusnya.
Gunakan gambar daripada app Photo Booth: Klik Photo Booth untuk melihat gambar yang anda ambil menggunakan Mac dan app Photo Booth. Pilih gambar, kemudian klik Seterusnya.
Laraskan gambar.
Zum ke dalam atau ke luar: Seret gelangsar ke kiri atau kanan.
Alihkan gambar: Seret gambar di sekeliling dalam bulatan.