
Sediakan Masa Skrin untuk anak pada Mac
Cara yang paling fleksibel dan mudah untuk menyediakan dan mengurus Masa Skrin untuk anak ialah dengan menggunakan Perkongsian Keluarga. Apabila anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda boleh mengurus dan memantau penggunaan peranti setiap anak secara jauh daripada akaun anda pada sebarang Mac, iPhone, atau iPad. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga, anda masih boleh menyediakan Masa Skrin untuk anak dengan melog masuk ke akaun Mac mereka.
Nota: Untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, Keselamatan Komunikasi dan Jarak Skrin diaktifkan secara lalai dan Penapis Kandungan Web menyekat kandungan dewasa.

Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anak.
Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul di sebelah kanan, kemudian pilih anak.
Klik Sediakan Masa Skrin untuk Anak Anda, klik Aktifkan Masa Skrin, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Semasa proses persediaan, anda boleh mengesetkan sekatan kandungan, mengaktifkan Jarak Skrin, mengaktifkan Aktiviti App & Tapak Web, mengesetkan waktu rehat daripada skrin dan mencipta kod laluan Masa Skrin 4 digit.
Dalam seting Masa Skrin, skrol ke bawah, kemudian aktifkan mana-mana daripada pilihan berikut:
Sertakan Data Tapak Web: Aktifkan pilihan ini jika anda mahu laporan Masa Skrin untuk menyertakan butiran tentang tapak web khusus yang dilawati. Jika anda tidak mengaktifkan pilihan ini, tapak web dilaporkan sebagai penggunaan Safari.
Kunci Seting Masa Skrin: Aktifkan pilihan ini untuk memerlukan kod laluan bagi mengakses seting Masa Skrin dan membenarkan masa tambahan apabila had tamat tempoh.
Nota: Jika ahli keluarga mempunyai akaun pentadbir, anda digesa untuk menukarnya menjadi akaun standard. Lihat Tambah pengguna atau kumpulan.
Anda juga boleh melakukan mana-mana yang berikut dalam seting Masa Skrin:
Klik Aktiviti App & Tapak Web, Pemberitahuan atau Skrin Aktif, kemudian lihat penggunaan app dan peranti.
Klik Masa Henti, kemudian sediakan jadual masa henti.
Klik Had App, kemudian setkan had masa untuk app dan tapak web.
Klik Sentiasa Dibenarkan, kemudian pilih app yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Klik Jarak Skrin, kemudian terima isyarat apabila anda memegang peranti terlalu dekat.
Klik Had Komunikasi dalam bar sisi, kemudian setkan had komunikasi.
Klik Keselamatan Komunikasi, kemudian pilih untuk menyemak foto sensitif.
Klik Kandungan & Privasi, kemudian sediakan pengehadan kandungan & privasi.