
Apakah Masa Skrin pada Mac?
Masa Skrin memberikan anda maklumat tentang cara anda menghabiskan masa dalam app dan pada tapak web. Ia juga memberikan alatan yang anda boleh gunakan untuk mengawal jumlah masa yang dihabiskan pada sebarang aktiviti. Masa Skrin memberikan ibu bapa dan penjaga keterlihatan dan kawalan yang sama untuk anak-anak. Untuk setiap anak, anda boleh pengehadan individu dan had bersesuaian umur, serta gunakan kod laluan supaya mereka tidak boleh menukar seting.
Perkongsian Keluarga memudahkan lagi untuk menyediakan Masa Skrin untuk kanak-kanak. Ibu bapa boleh menggunakan sebarang peranti—Mac, iPhone, atau iPad—untuk menyediakan Masa Skrin untuk anak pada semua peranti mereka.
Seting Masa Skrin digunakan pada semua peranti yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama dan menyertakan maklumat penggunaan yang digabungkan dalam laporan.
Untuk mengetahui cara mengurus seting Masa Skrin, lihat Tukar seting Masa Skrin.