
Keutamaan Umum
Gunakan Keutamaan Sistem Umum untuk menukar rupa keseluruhan macOS pada Mac anda, menjadikan persekitaran kerja anda lebih selesam dan mendayakan sesetengah ciri Kesinambungan, jika tersedia.
Untuk membuka keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Umum.
Buka keutamaan Umum untuk saya
Penampilan | Pilih warna yang anda mahu untuk butang, menu dan tetingkap. Untuk memberikan bar menu dan Dock rupa yang lebih gelap, pilih “Gunakan bar menu dan Dock gelap.“ Untuk menunjukkan bar menu sahaja apabila anda alihkan penuding ke atas skrin, pilih "Sembunyikan dan tunjukkan bar menu secara automatik." |
Warna serlahan | Pilih warna yang anda mahu lihat apabila anda menyerlahkan atau memilih item. |
Saiz ikon bar sisi | Pilih ikon kecil, sederhana, atau besar untuk bar sisi Finder dan bar sisi Mail. |
Tunjukkan bar skrol | Bar skrol muncul dalam tetingkap apabila terdapat kandungan yang tidak muat ke dalam saiz semasa tetingkap.
|
Klik dalam bar skrol untuk |
Untuk bertukar seketika antara kaedah penskrolan semasa bekerja, tekan dan tahan kekunci Option semasa mengklik bar skrol. |
Pelayar web lalai | Pilih pelayar web yang anda mahu gunakan secara lalai. Apabila anda klik URL dalam e-mel atau mesej teks, halaman web dibuka dalam pelayar web lalai. Untuk mengetahui tentang pelayar Safari, lihat Bantuan Safari. |
Tanya untuk simpan perubahan apabila menutup dokumen | Perubahan yang tidak disimpan akan disimpan secara automatik apabila anda menutup dokumen. Jika anda juga mahu ditanya untuk simpan perubahan, pilih kotak semak ini. |
Tutup tetingkap apabila keluar daripada app | Pilih untuk menutup tetingkap app apabila anda keluar dari app. Tetingkap tidak akan dibuka semula pada masa lain anda buka app secara automatik. |
Item terbaru diguna | Item terbaru yang anda gunakan disenaraikan dalam menu Apple. Pilih berapa banyak item disenaraikan. Seting ini juga menentukan bilangan item terbaru diguna yang muncul dalam menu app, seperti Fail > menu Terbaru Dibuka dalam TextEdit. |
Benarkan Handoff di antara Mac ini dan peranti iCloud anda (tidak tersedia pada semua komputer) | Jika Mac anda menyokong Handoff, tandakan kotak semak untuk mengaktifkan Handoff antara Mac, peranti iOS dan Apple Watch anda yang disediakan dengan iCloud. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Teruskan di mana anda berhenti dengan Handoff. Apabila pilihan ini dipilih, anda boleh menggunakan Papan Klip Universal untuk menyalin dan menampal antara peranti anda. |
Gunakan pelicinan fon LCD apabila tersedia | Melicinkan fon mengurangkan tepi bergerigi untuk sesetengah fon. Apabila pelicinan teks (atau “antialias”) diaktifkan, fon lebih kecil mungkin lebih sukar untuk dibaca. |
Untuk menjadikan item pada skrin lebih besar, lihat Jadikan ia lebih mudah untuk melihat apa yang ada pada skrin.