
Menguruskan app yang mana boleh mengesan lokasi anda
Perkhidmatan Lokasi membenarkan app dan tapak web mengumpul dan menggunakan maklumat berdasarkan lokasi semasa Mac anda. Lokasi anggaran anda ditentukan menggunakan maklumat dari rangkaian Wi-Fi setempat dan dikumpul oleh Perkhidmatan Lokasi dalam keadaan yang tidak menggambarkan identiti anda.
Nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Klik Perkhidmatan Lokasi.
Klik ikon kunci
untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Nyahpilih Dayakan Perkhidmatan Lokasi.
Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada Mac anda, lokasi tertentu anda tidak akan dihantar ke Apple. Untuk menghantar cadangan carian yang relevan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan Internet anda untuk menentukan lokasi anda, dengan memadankannya ke rantau geografi.
Walaupun anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi, aplikasi dan tapak web pihak ketiga masih boleh menggunakan cara lain untuk menentukan lokasi anda. Walau bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, maklumat lokasi Mac anda boleh digunakan untuk panggilan kecemasan bagi membantu usaha bantuan tidak kira sama ada anda telah mendayakan Perkhidmatan Lokasi anda atau tidak.
Tentukan app dan perkhidmatan sistem mana yang boleh menggunakan Perkhidmatan Lokasi
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Klik Perkhidmatan Lokasi.
Klik ikon kunci
untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk app, anda akan digesa untuk mengaktifkannya semula lain kali apabila app cuba menggunakan data lokasi anda.
Skrol ke bawah senarai app untuk mendedahkan Perkhidmatan Sistem, kemudian klik butang Butiran untuk melihat perkhidmatan sistem tertentu yang menggunakan lokasi anda.
Cadangan Berdasarkan Lokasi membenarkan lokasi Mac anda digunakan oleh Cadangan Safari atau Cadangan Spotlight.
Lokasi penting membenarkan Mac anda mengenal pasti tempat penting bagi anda untuk menyediakan maklumat berkaitan lokasi yang berguna dalam Peta, Kalendar, Foto dan banyak lagi. Lokasi Penting adalah disulitkan dan tidak boleh dibaca oleh Apple. Klik Butiran untuk melihat senarai lokasi yang telah dikenal pasti. Anda boleh memilih dan mengeluarkan lokasi daripada senarai atau klik Kosongkan Sejarah untuk mengeluarkan semua lokasi.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan lokasi semasa, anda akan tertakluk pada terma dan polisi privasi mereka dan bukan Polisi Privasi Apple. Anda seharusnya semak semula terma dan polisi privasi mereka untuk memahami bagaimana mereka menganggap dan menggunakan lokasi maklumat anda.
Apabila anda menggunakan Cadangan Safari atau Cadangan Spotlight, lokasi Mac anda pada masa anda menyerahkan pertanyaan carian ke Safari atau Spotlight dihantar Apple untuk menjadikan cadangan lebih relevan dan mempertingkatkan produk dan perkhidmatan Apple yang lain.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Polisi Privasi Apple.