
Apakah yang ada dalam bar menu?
Bar menu sepanjang bahagian atas skrin. Gunakan menu dan ikon dalam bar menu untuk memilih perintah, laksanakan tugas dan menyemak status.

Anda boleh setkan pilihan dalam keutamaan Umum untuk sembunyikan bar menu secara automatik; kemudian ia hanya ditunjukkan apabila anda gerakkan penuding ke atas skrin.
Menu Apple
Menu Apple muncul di penjuru kiri atas skrin dan mengandungi perintah untuk perkara yang anda kerap lakukan, seperti mengemas kini app, membuka Keutamaan Sistem, mengunci skrin anda atau menutup Mac anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Apakah yang ada dalam menu Apple?
Menu app
Menu app terletak bersebelahan menu Apple. Nama app yang anda gunakan muncul tebal, diikuti dengan menu lain, kerap dengan nama standard seperti Fail, Edit, Format dan Tetingkap. Setiap app mempunyai menu Bantuan untuk memudahkan mendapat maklumat tentang menggunakan app. Untuk maklumat lanjut, lihat Gunakan bantuan terbina dalam pada Mac anda.

Setiap menu mengandungi perintah, kebanyakannya tersedia dalam kebanyakan app. Sebagai contoh, perintah Buka kerap berada dalam menu Fail. Untuk mendapatkan maklumat tentang simbol dalam perintah menu, lihat Apakah simbol itu yang ditunjukkan dalam menu?
Menu status
Ke arah hujung kanan bar menu adalah menu status, biasanya diwakili oleh ikon. Gunakan menu ini untuk menyemak status Mac anda atau mengakses ciri dengan cepat—sebagai contoh, mengaktif atau nyahaktifkan Wi-Fi atau memeriksa pengecas bateri komputer anda dengan cepat.

Anda boleh menambah menu status, seperti pemapar emoji atau ikon kawalan Kelantangan. Anda juga boleh menambah menu status untuk sesetengah app apabila anda memasangnya.
Untuk menyusun semula ikon menu status, tekan dan tahan kekunci Command semasa menyeret ikon. Untuk mengeluarkan ikon, tekan dan tahan kekunci Command dan seret ikon keluar daripada bar menu.
Spotlight
Klik ikon Spotlight , terletak selepas menu status, untuk menggunakan Spotlight untuk mencari item pada Mac anda dan banyak lagi.
Siri
Selepas Spotlight adalah ikon Siri —kliknya untuk meminta Siri melakukan perkara seperti membuka fail atau app, atau mencari perkara pada Mac anda atau pada Internet. Anda boleh meletakkan hasil Siri pada desktop anda atau dalam Pusat Pemberitahuan.
Pusat Pemberitahuan
Di hujung kanan bar menu, klik ikon Pusat Pemberitahuan untuk menggunakan Pusat Pemberitahuan untuk melihat butiran tentang hari anda dan ikuti perkembangan pemberitahuan yang anda terlepas.